SISTEM FAIL PBS

SISTEM FAIL PBS 
  1. FAIL INDUK PENGURUSAN PBS
  2. FAIL PERKEMBANGAN MURID (FPM)
  3. FAIL SHOWCASE
  4. FAIL PORTFOLIO PENTAKSIR
FAIL INDUK PENGURUSAN PBS


Merupakan fail utama dalam pengurusan kurikulum KBSM di sekolah. Ia bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting bagi memastikan pelaksanaan pengurusan PBS dengan berkesan dan berkualiti.

JENIS-JENIS FAIL INDUK PENGURUSAN PBS

1. FAIL PUTIH AM***365 - Merupakan fail terbuka
Fail perlu disusunkan mengikut Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK)
Kandungan fail - Semua pekeliling yang berkaitan PBS, surat menyurat KPM,JPN, dan PPD.

2. FAIL PENDUA ( RING FILE ) - Fail disimpan sama ada di bilik fail sekolah, bilik penolong kanan kurikulum sekolah.
Fail diuruskan oleh Penyelaras atau setiausaha PBS sekolah.
Kandungan Fail - mengandungi 8 bahagian iaitu, Pekeliling-pekeliling, Carta Organisasi, Maklumat guru PBS, Perancangan sekolah mengenai PBS, Minit Mesyuarat JK PBS sekolah, Laporan Prestasi Tahunan, Laporan pencerapan dan pemantauan, kes-kes khas PBS.

CONTOH FAIL INDUK PENGURUSAN PBS




Tambah kapsyen
2. PENGENALAN FAIL PORTFOLIO PENTAKSIR

Merupakan fail yang perlu dimiliki oleh semua guru PBS. 
Merupakan bukti dan evidens yang amat penting bagi pentaksir dalam menyimpan semua dokumen yang berkaitan dengan PBS.
Antara isi kandungan fail - RPT,HSP, DSP dan semua instrument PBS matapelajaran. 

Dicadangkan fail jenis arch atau ring file yang dihadapannya mempunyai nama sekolah, nama guru dan gambar guru.
Digunakan untuk menyimpan pelbagai perkara yang berkaitan dengan pengajaran guru.

KANDUNGAN FPP

Boleh dibahagikan kepada 9 partitions. 
1. Maklumat Guru
2. Dokumen Standard Prestasi (DSP)
3. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (HSP)
4. INSTRUMENT PENTAKSIRAN
5. TAKWIM DAN RPT MATAPELAJARAN
6. JADUAL WAKTU PnP
7. BORANG TRANSIT PBS
8. BORANG PELAPORAN PRESTASI MURID
9. LAIN-LAIN

3. FAIL PERKEMBANGAN MURID / SHOWCASE

Menyimpan evidens perkembangan pembelajaran murid.
Seorang murid mempunyai satu FPM yang mengandungi evidens semua mata pelajaran
Setiap evidens hendaklah direkodkan dalam Rekod Perkembangan Murid (RPM). RPM diletakkan dihadapan evidens setiap mata pelajaran
Fail ini menyimpan evidens terkini bagi setiap deskriptor dan evidens terdahulu dikembalikan kepada murid.















No comments:

Post a Comment