Arus perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia harus dipergiatkan lagi, bagi memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Antara perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah dalam sistem penilaian atau peperiksaan awam Malaysia. Sememangnya tidak dinafikan ramai pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi berapa ramai di kalangan kita sedar bahawa dari segi pembinaan sahsiah mereka amat membimbangkan pelbagai pihak. Bayangkan anak kita memperolehi keputusan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah tetapi bila disuruh beli pizza anak kita tidak tahu berkomunikasi dengan baik kerana tidak ada elemen pembinaan soft skill sepanjang pembelajaran mereka di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang elemen utama pentaksiran kepada apa yang murid tahu, tahu dan faham, tahu, faham dan boleh buat. Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa Peperiksaan UPSR akan dikekalkan manakala PMR pula akan dimansuhkan. UPSR dalam masa yang sama akan menjadi format Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) atau 'school based assessment' dengan mengurangkan skop mata pelajaran teras menjadi 60% serta penilaian terhadap ko-kurikulum, mata pelajaran pengukuhan, serta tugasan yang diberikan guru.
Lumrah kehidupan setiap sesuatu yang baharu pasti banyak kelompangan dan kekurangan, pelbagai pihak samada di kalangan guru, ibubapa dan masyarakat meluahkan keluh kesah kebimbingan mereka terhadap sistem PBS ini. Ada juga pendidk yang merasa terbeban dengan sistem PBS ini, banyak rungutan yang didengari antaranya guru kena memasukkan prestasi murid dalam sistem SPPBS yang servernya terlalu perlahan. Pada hemat penulis kita umpama ingin pulang beraya ke kampung halaman di saat menjelang hari perayaan sudah tentunya keadaan jalanraya penuh sesak dengan kenderaan...seandainya kita punya perancangan awal untuk pulang beraya sudah tentu masalah terperangkap dalam kesesakan selama berjam-jam tidak akan berlaku....betul?.
Sebelum wujudnya sistem PBS ini, pendidik juga telah melaksanakan pentaksiran dan penilaian selepas sesi pembelajaran dan pengajaran. Sistem peperiksaan hanya menekankan sejauhmana pencapaian pembelajaran murid di sekolah sedangkan pentaksiran melihat bagaimana perkembangan pembelajaran murid. Penulis cuba memaparkan situasi seorang murid yang semasa menjawab peperiksaan tidak sihat (demam) sudah tentunya markah yang diperolehi akan merosot bukan? dan peperiksaan tidak ada pengulanggan semula, murid berkenaan tidak diberi peluang dinilai semula. Berbeza dengan pentaksiran dilaksanakan sepanjang masa pembelajaran dan penggulangan semula akan diadakan seandainya murid berkenaan tidak menguasai sesuatu tahap dalam PBS.
Guru tidak perlu lagi membuat pelaporan penilaian yang ditulis dalam rekod pencapaian murid. Bayangkan kalau anak didik guru berkenaan seramai 30 sebuah kelas maknanya 30 kali guru menulis pelaporan, berapa kali cikgu terpaksa tulis seandainya mengajar 3 buah kelas? jadi sistem SPPBS melunaskan bebanan guru yang sistem pelaporan diautojanakan berdasarkan prestasi murid berkenaan.
Sistem PBS memartabatkan semula profesion keguruan dengan memberi guru kreadibiliti dalam pentaksiran anak didik mereka. Guru yang berperanan sebagai pentaksir yang lebih berhak menilai perkembangan muridnya bukannya pihak lain. Walaubagaimana pun, macam penulis katakan tadi untuk melakukan perubahan dan pembaharuan perlu kepada masa....InsyaAllah dari masa ke semasa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menaik taraf sistem PBS ini...setiap perkara kita pelajari daripada kesilapan dan kelemahan bukan?
No comments:
Post a Comment