Sunday, February 16, 2014

KURSUS PENATARAN PPMR 2014

TARIKH : 12 FEBUARI 2014 - 14 FEBUARI 2014
TEMPAT : HOTEL PEARL INTERNATIONAL, JALAN KELANG LAMA, KUALA LUMPUR
ANJURAN : LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

Laporan Ringkas Kursus

Kursus Penataran Pentaksiran Pusat Menengah Rendah bagi kohort yang pertama 2014 diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada jurulatih negeri tentang pelaksanaan PPMR pada tahun 2014. Peserta kursus didedahkan tentang PPMR mengikut matapelajaran masing-masing, secara awalnya sebagai salah seorang peserta kursus menyatakan pendapat bahawa PPMR tidak menjadi satu bebanan kepada guru dan murid sekolah, kerana cara pelaksanaannya tidaklah sesukar yang dicanangkan oleh sesetengah pihak yang inginkan pemansuhan PBS dan PPMR. 

Sememangnya negara kita masih mentah untuk melaksanakan PBS, walaubagaimana pun kita seharusnya memberi peluang kepada murid-murid dan guru-guru untuk sama-sama melaksanakan PBS di sekolah. Dahulunya kita berbangga melahirkan pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR ataupun SPM tapi sedarkah kita...kita alpa dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi sayangnya gagal menjadi insan yang berbakti kepada ibubapanya, insan yang gagal mencurahkan bakti kepada guru, masyarakat dan negara. 

Kesimpulannya kita kena berani melakukan perubahan untuk berjaya kita perlu berkorban...berilah peluang kepada guru-guru mentaksir dengan sendirinya anak didiknya mengikut kepada tahap perkembangan dan pencapaian anak muridnya. 

No comments:

Post a Comment