Saturday, November 16, 2013

Pendidik Agen Utama - Transformasi Pendidikan - PBS


GURU PERLU FAHAMI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.

Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.

"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.>>Read more<<

KEWAJARAN DIMANSUHKAN UPSR / PMR DALAM SISTEM PENDIDIKAN 
KEMENTERIAN Pelajaran menjelaskan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan menambah baik sistem peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan menjelang tahun 2014.
Menurut Unit Komunikasi Media kementerian, sistem pembelajaran baharu itu telah dimulakan pada tahun 2012 bagi pelajar tingkatan 1. Sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. 
Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi. 
Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi.  "Kementerian juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam'' kata kenyataan itu yang disiarkan pada laman rasmi kementerian baru-baru ini.


PELAKSANAAN PBS TIDAK MEMBEBANKAN GURU
Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS. Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS. 

''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut.

BERSAMBUNG HALAMAN LAIN...

No comments:

Post a Comment