Sunday, November 17, 2013

ISU PBS

Pelbagai derita yang perlu ditanggung oleh seorang yang bergelar pendidik. Tunjang utama pendidikan adalah pembelajaran dan pengajaran. Namun hakikat sebenarnya guru tertekan dengan tugasan E-Sistem saban hari semakin banyak  e-sistem yang guru harus laksanakan. Keperluan pewujudan jawatan pembantu guru boleh dijustifikasikan berdasarkan dapatan kajian norma perjawatan guru yang sedang dilaksanakan dalam Kajian Unjuran, Keperluan dan Bekalan serta Dasar Penempatan guru dan Kumpulan Pelaksana. Isu sering yang diperkatakan oleh pendidik dan masyarakat adalah sistem pelaksanaan Pentaksiran. >>>>Read more
Berasaskan Sekolah (PBS) telah mendapat perhatian umum. Masalah utama yang dihadapi oleh guru sanggup menjalankan tugas hakiki tetapi tertekan dengan kelemahan E-Sistem, server dan jalur lebar yang sentiasa merungsingkan pengguna. Penulis tertarik dengan artikel bulanan NUTP Oktober 2013 iaitu guru bangun 2.00 pagi untuk memasukkan prestasi PBS anak didik mereka, namun yang menyedihkan sistem SPPBS masih sangkut. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan kepada pengguna sistem SPPBS mengenai date line akhir mengemaskini prestasi sebelum 31 Disember 2013. Kebiasaanya Jabatan Pendidikan Negeri ingin makluman 10 hari awal dari tarikh itu, manakala Pejabat Pendidikan Daerah juga mahu pantauan 10 hari sebelum tarikh yang dikehendaki oleh JPN. Justeru ramai rakan penulis menyatakan kesulitan yang dihadapi semasa mengakses sistem. Klik di bawah ini...............


Dalam melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) dipertingkatkan lagi prosedur pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditambahbaik lagi dari masa ke semasa. Kepada semua warga pendidik perlu memberi ruang dan peluang untuk perubahan ini. 

No comments:

Post a Comment