PENJAMINAN KUALITI

Penjaminan Kualiti merupaka satu piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti ini merangkumi beberapa aspek iaitu penjaminan kualiti aspek pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan.

Penjaminan Kualiti - Pementoran
Satu proses membantu, memudah cara dan membimbing, meningkatkan pengetahuan dan kefahaman guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Penjaminan Kualiti - Pemantauan
Proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh LPM.

Penjaminan Kualiti - Penyelarasan skor
Satu proses keseragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran prestasi murid.

Penjaminan Kualiti - Pengesanan
Proses menilai instrument pentaksiran bagi memastikan instrumen yang digunakan mampu menghasilkan skor yang sah dan boleh dipercayai.





No comments:

Post a Comment