Blog Rasmi PBS Pendidikan Islam SMK Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim.
Thursday, December 12, 2013
Sunday, December 8, 2013
Friday, November 22, 2013
PENGENALAN LOGO BARU KPM
VISI DAN MISI KPM YANG BARU
11 November 2013
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.
Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Sunday, November 17, 2013
ISU PBS
Pelbagai derita yang perlu ditanggung oleh seorang yang bergelar pendidik. Tunjang utama pendidikan adalah pembelajaran dan pengajaran. Namun hakikat sebenarnya guru tertekan dengan tugasan E-Sistem saban hari semakin banyak e-sistem yang guru harus laksanakan. Keperluan pewujudan jawatan pembantu guru boleh dijustifikasikan berdasarkan dapatan kajian norma perjawatan guru yang sedang dilaksanakan dalam Kajian Unjuran, Keperluan dan Bekalan serta Dasar Penempatan guru dan Kumpulan Pelaksana. Isu sering yang diperkatakan oleh pendidik dan masyarakat adalah sistem pelaksanaan Pentaksiran. >>>>Read more
Berasaskan Sekolah (PBS) telah mendapat perhatian umum. Masalah utama yang dihadapi oleh guru sanggup menjalankan tugas hakiki tetapi tertekan dengan kelemahan E-Sistem, server dan jalur lebar yang sentiasa merungsingkan pengguna. Penulis tertarik dengan artikel bulanan NUTP Oktober 2013 iaitu guru bangun 2.00 pagi untuk memasukkan prestasi PBS anak didik mereka, namun yang menyedihkan sistem SPPBS masih sangkut. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia telah memaklumkan kepada pengguna sistem SPPBS mengenai date line akhir mengemaskini prestasi sebelum 31 Disember 2013. Kebiasaanya Jabatan Pendidikan Negeri ingin makluman 10 hari awal dari tarikh itu, manakala Pejabat Pendidikan Daerah juga mahu pantauan 10 hari sebelum tarikh yang dikehendaki oleh JPN. Justeru ramai rakan penulis menyatakan kesulitan yang dihadapi semasa mengakses sistem. Klik di bawah ini...............

Dalam melaksanakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) dipertingkatkan lagi prosedur pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ditambahbaik lagi dari masa ke semasa. Kepada semua warga pendidik perlu memberi ruang dan peluang untuk perubahan ini.
Saturday, November 16, 2013
Pendidik Agen Utama - Transformasi Pendidikan - PBS
GURU PERLU FAHAMI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
BAHAGIAN Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran berdepan tugas berat bagi melengkapkan kemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, pihaknya perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti.
Menurutnya, guru perlu dilengkapi dengan latihan kemahiran yang memenuhi tahap perlaksanaan PBS sebelum sistem pembelajaran baharu tersebut dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.
"Paling penting, guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem PBS ini kerana jika tidak faham, macam-macam masalah yang mungkin akan ditimbulkan oleh guru misalnya pertambahan bebanan kerja dan lain-lain isu, " katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.>>Read more<<
KEWAJARAN DIMANSUHKAN UPSR / PMR DALAM SISTEM PENDIDIKAN
KEMENTERIAN Pelajaran menjelaskan perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bertujuan menambah baik sistem peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan dimansuhkan menjelang tahun 2014.
Menurut Unit Komunikasi Media kementerian, sistem pembelajaran baharu itu telah dimulakan pada tahun 2012 bagi pelajar tingkatan 1. Sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi merupakan penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran.
Kemajuan dan pertumbuhan seseorang murid dinilai secara adil dengan menggunakan Standard Prestasi.
Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan Standard Prestasi. "Kementerian juga akan meningkatkan secara sistematik bilangan peratusan soalan kemahiran berfikir aras tinggi melalui PBS dan peperiksaan awam'' kata kenyataan itu yang disiarkan pada laman rasmi kementerian baru-baru ini.

PELAKSANAAN PBS TIDAK MEMBEBANKAN GURU
Kenyataan Lembaga Peperiksaan menyebut, daripada kajian soal selidik yang dijalankan mengenai kesediaan guru melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September lalu mendapati 84.2 peratus daripada 46,929 guru Tingkatan 1 sekolah menengah seluruh negara memahami konsep PBS. Kira-kira 90.7 peratus daripada 89,618 guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah juga didapati memahami konsep dan cara melaksanakan PBS.
''Kira-kira 9,006 atau 10 peratus guru Tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah dan 7,979 atau 17 peratus guru Tingkatan 1 di sekolah menengah jelas tentang konsep Pentaksiran Sekolah iaitu komponen akademik PBS," menurut kenyataan tersebut.
BERSAMBUNG HALAMAN LAIN...
Perubahan Dalam Sistem Peperiksaan Awam Malaysia
Arus perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia harus dipergiatkan lagi, bagi memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Antara perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah dalam sistem penilaian atau peperiksaan awam Malaysia. Sememangnya tidak dinafikan ramai pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi berapa ramai di kalangan kita sedar bahawa dari segi pembinaan sahsiah mereka amat membimbangkan pelbagai pihak. Bayangkan anak kita memperolehi keputusan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah tetapi bila disuruh beli pizza anak kita tidak tahu berkomunikasi dengan baik kerana tidak ada elemen pembinaan soft skill sepanjang pembelajaran mereka di sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang elemen utama pentaksiran kepada apa yang murid tahu, tahu dan faham, tahu, faham dan boleh buat. Kementerian Pelajaran telah mengumumkan bahawa Peperiksaan UPSR akan dikekalkan manakala PMR pula akan dimansuhkan. UPSR dalam masa yang sama akan menjadi format Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) atau 'school based assessment' dengan mengurangkan skop mata pelajaran teras menjadi 60% serta penilaian terhadap ko-kurikulum, mata pelajaran pengukuhan, serta tugasan yang diberikan guru.
Lumrah kehidupan setiap sesuatu yang baharu pasti banyak kelompangan dan kekurangan, pelbagai pihak samada di kalangan guru, ibubapa dan masyarakat meluahkan keluh kesah kebimbingan mereka terhadap sistem PBS ini. Ada juga pendidk yang merasa terbeban dengan sistem PBS ini, banyak rungutan yang didengari antaranya guru kena memasukkan prestasi murid dalam sistem SPPBS yang servernya terlalu perlahan. Pada hemat penulis kita umpama ingin pulang beraya ke kampung halaman di saat menjelang hari perayaan sudah tentunya keadaan jalanraya penuh sesak dengan kenderaan...seandainya kita punya perancangan awal untuk pulang beraya sudah tentu masalah terperangkap dalam kesesakan selama berjam-jam tidak akan berlaku....betul?.
Sebelum wujudnya sistem PBS ini, pendidik juga telah melaksanakan pentaksiran dan penilaian selepas sesi pembelajaran dan pengajaran. Sistem peperiksaan hanya menekankan sejauhmana pencapaian pembelajaran murid di sekolah sedangkan pentaksiran melihat bagaimana perkembangan pembelajaran murid. Penulis cuba memaparkan situasi seorang murid yang semasa menjawab peperiksaan tidak sihat (demam) sudah tentunya markah yang diperolehi akan merosot bukan? dan peperiksaan tidak ada pengulanggan semula, murid berkenaan tidak diberi peluang dinilai semula. Berbeza dengan pentaksiran dilaksanakan sepanjang masa pembelajaran dan penggulangan semula akan diadakan seandainya murid berkenaan tidak menguasai sesuatu tahap dalam PBS.
Guru tidak perlu lagi membuat pelaporan penilaian yang ditulis dalam rekod pencapaian murid. Bayangkan kalau anak didik guru berkenaan seramai 30 sebuah kelas maknanya 30 kali guru menulis pelaporan, berapa kali cikgu terpaksa tulis seandainya mengajar 3 buah kelas? jadi sistem SPPBS melunaskan bebanan guru yang sistem pelaporan diautojanakan berdasarkan prestasi murid berkenaan.
Sistem PBS memartabatkan semula profesion keguruan dengan memberi guru kreadibiliti dalam pentaksiran anak didik mereka. Guru yang berperanan sebagai pentaksir yang lebih berhak menilai perkembangan muridnya bukannya pihak lain. Walaubagaimana pun, macam penulis katakan tadi untuk melakukan perubahan dan pembaharuan perlu kepada masa....InsyaAllah dari masa ke semasa Kementerian Pendidikan Malaysia akan menaik taraf sistem PBS ini...setiap perkara kita pelajari daripada kesilapan dan kelemahan bukan?
Wednesday, November 13, 2013
Pendidikan tidak boleh berterusan dengan cara yang lama atau membuat lebih banyak perkara yang serupa, kerana kesannya akan membuah hasil yang serupa atau lebih banyak hasil yang serupa. Oleh itu, kita perlu mencari cara yang baru atau ubahsuai yang lama, atau cipta yang baru, supaya kita dapat sesuatu yang baru, yang lama akan nampak baru dan akan lebih banyak benda yang baharu"
(Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Mohd Nor)
Subscribe to:
Posts (Atom)